Wednesday, September 30, 2009

Deklarasi dan Disclaimer

Segala pembelian produk di laman blog Ayumekar adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat dan pihak pembeli telah membaca dan mempersetujui Terma dan Syarat berikut:
  1. Ayumekar bukan pengeluar, pembuat atau pengilang produk yang disenaraikan di laman ini.
  2. Ayumekar tidak bertanggungjawab kepada masalah kesihatan disebabkan penggunaan produk. Sebarang pertanyaan kesihatan sila ajukan kepada pakar jururunding atau penasihat kesihatan syarikat pengeluar yang tertera pada produk.
  3. Informasi yang dibekalkan oleh Ayumekar kepada bakal pembeli atau pembeli tidak boleh dianggap tepat seratus-peratus dan digunakan di mahkamah. Informasi ini merupakan perkongsian maklumat kepada pembeli. Sila hubungi jururunding atau penasihat kesihatan syarikat pengeluar yang tertera pada produk untuk informasi produk dan cara penggunaan yang tepat.
  4. Barang yang telah dijual kepada pembeli tidak boleh dikembalikan untuk ditukar kepada barang lain atau tunai.
  5. Jika barang yang diterima rosak, sila maklumkan ke Ayumekar menerusi SMS atau E-mail dalam masa 24 jam daripada waktu dan tarikh penerimaan barang. Kegagalan berbuat demikian dipersetuju bahawa pihak pembeli menerima barang tanpa kerosakan.
  6. Pembeli digalakkan melapor kehilangan barang kepada syarikat kourier (menerusi orang kourier tersebut) DAN Ayumekar yang diakibatkan kecuaian pihak syarikat kourier. Maka sila periksa barang "ON THE SPOT" sebelum pihak kourier beredar. Ini kerana pengambilan gambar (kerosakan atau kehilangan) oleh pihak kourier adalah diwajibkan untuk sebarang tuntutan rasmi ke syarikat kourier.
  7. Penerimaan barang adalah dipersetuju dalam masa 2 ke 3 hari kerja, tidak termasuk cuti umum dan cuti awam. Waktu penerimaan barang awal atau lewat adalah berdasarkan operasi syarikat kourier yang digunakan.
  8. Ayumekar berhak membatalkan pesanan produk dan memulangkan bayaran kepada pembeli.
  9. Segala urus-niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan diwajibkan melalui akaun seperti mana yang tertera pada laman blog ini.
  10. Ayumekar tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

No comments:

Post a Comment